WebQuest

TOURETTE SYNDROME

Process

helping-hand.jpg

Mulakan tugasan anda dengan mengikut proses di bawah supaya tugasan anda berjalan dengan lancar

 

- tubuhkan 4 kumpulan. setiap kumpulan akan dianggotai oleh 5 orang ahli yang pakar dalam bidang masing-masing berdasarkan tugasan yang diberi.

- buat undian bagi memilih tugasan yang telah diberikan sebelum ini. pastikan satu kumpulan mendapat 1 tugasan samada menjadi ahli psikologi, doktor, guru ataupun ibu bapa.

- berdasarkan tugasan yang diterima, cari maklumat bagi 3 tajuk kecil setiap tugasan melalui rujukan laman web yang diberi.

- tidak perlu penerangan yang berjela-jela, cukup sekadar isi penting dan sedikit penerangan untuk menjelaskannya lagi

 

Maklumat yang perlu dicari bagi setiap tajuk tugasan:

(1) Ahli Psikologi

1. LATAR BELAKANG TOURETTE SYDROME.
2. SEJARAH TOURETTE SYNDROME
3. PREVALENCE / KELAZIMAN

 

- kumpulkan maklumat asas tentang penyakit ini merangkumi 3 tajuk di atas. sentuh berkenaan pengenalan tourette syndrome, sejarah awal penyakit ini dan kelaziman penyakit ini di Malaysia khususnya.

- bahagi-bahagikan tugasan ini kepada setiap ahli kumpulan

-ada pelbagai pendapat yang berlainan tentang penyakit ini, pastikan rujukan yang diambil tepat dan ada kesahihannya

- huraikan 3 tajuk ini menjadi topik-topik kecil yang lebih detail

 

(2) Doktor Pakar

1. PUNCA-PUNCA PENYAKIT
2. SIMPTOM-SIMPTOM PENYAKIT
3. TERAPI  & PERUBATAN

 

- kumpul maklumat berkaitan 3 tajuk di atas. buat topik-topik kecil bagi setiap tajuk dan bincangkan setiap topik yang disenaraikan

- bagi simptom-simptom penyakit, senaraikan sebanyak mana maklumat yang anda jumpa dan pastikan dalam bentuk point sahaja

- bagi terapi dan perubatan, ambil pandangan yang banyak diguna pakai sahaja lebih kurang 4-5 rawatan. selebihnya tidak perlu dibincangkan.

- bahagikan setiap topik kecil kepada setiap ahli kumpulan

 

(3) Guru

1. MASALAH DIHADAPI PESAKIT DALAM PEMBELAJARAN
2. STRATEGI YANG BERKESAN DALAM MENDIDIK PESAKIT TS
3. CADANGAN DALAM MEMPERKASAKAN LAGI PENDIDIKAN TERHADAP PESAKIT TS

 

- tugasan ketiga ini mestilah lebih menekankan soal pendidikan. ini merupakan pokok utama dalam laporan ini

- dapatkan maklumat tambahan dengan bertanyakan kepada guru-guru pendidikan khas yang berpengalaman, majalah, buku dan sebagainya

- pastikan cadangan yang diberi relevan dan boleh diketengahkan

- dekati pesakit-pesakit ini untuk melihat sendiri kesukaran mereka dalam belajar

- buat bandingbeza antara kaedah pendidikan barat dan di Malaysia terhadap pesakit TS

- bahagikan setiap tajuk pada setiap ahli kumpulan

 

(4) Ibu Bapa Pesakit TS

1. TEKANAN DAN PERASAAN IBU BAPA PESAKIT
2. CABARAN TERHADAP PESAKIT TS
3. CADANGAN TERHADAP IBU BAPA PESAKIT TS DALAM MENANGANI ANAK MEREKA DAN PANDANGAN MASYARAKAT

 

- fokuskan perbincangan hanya berkaitan ibu bapa pesakit TS ini. jika mampu mencari maklumat dari ibu bapa pesakit TS sendiri adalah lebih baik

- boleh mencari maklumat dari sumber luar seperti buku, interview, majalah, video dan sebagainya

- bahagi-bahagikan tugasan pada setiap ahli kumpulan

 

Langkah seterusnya:

- setelah semua maklumat telah dikumpul, keluarkan isi penting dan susun maklumat dalam bentuk laporan. pastikan setiap ahli mempunyai bahannya sendiri yang dicari bagi setiap tajuk yang telah dipecah-pecahkan.

- setiap bahan yang dicari oleh setiap individu mestilah diletakkan foodnote yang mengandungi nama dan no. matrik individu tersebut. pastikan 1 bahan hanya 1 pencarinya

- ini adalah untuk memastikan setiap ahli kumpulan menjalankan proses yang sama dan belajar dari tugasan yang diberi

- isikan rujukan dan pastikan nama dan no. matrik setiap ahli kumpulan diletakkan di muka surat hadapan laporan. nama yang tiada dianggap tidak memberikan kerjasama

- pastikan laporan ini di binding dan diletakkan isi kandungan. tajuk di dalam laporan mestilah teratur mengikut urutan tugasan yang diberi

 - hantar laporan anda ke dalam pigeon hole saya sebelum 20 Mei 2009. selepas dari tarikh itu, semua laporan tidak akan diterima.

 - pastikan anda bersedia untuk melakukan presentation pada keesokannya 21 Mei 2009.

- ambil hanya isi penting dari laporan (point-point sahaja) dan persembahan tidak lebih dari 15 minit bagi setiap kumpulan

- selain dari isi kandungan tugasan, pastikan anda memasukkan pengalaman dan pandangan anda tentang tugasan yang diberi. setiap komen yang bernas akan membantu markah laporan anda

- semua markah laporan akan diberikan pada 27 Mei 2009.

 

Attachments


File
  • File
    Description: CONTOH LAPORAN

File
  • File
    Description: CONTOH KAJIAN

File
  • File
    Description: CONTOH RUJUKAN POWER POINT

The Public URL for this WebQuest:
http://zunal.com/webquest.php?w=27127
WebQuest Hits: 30,506
Save WebQuest as PDF

Ready to go?

Select "Logout" below if you are ready
to end your current session.